
Ahad, 28 Disember 2008
Isnin, 22 Disember 2008
SAJAK GURU
GURU
Kau insan yang mulia
Mendidik generasi demi generasi
Tanpa mengenal erti jemu
Siang malam berdoa agar
Anak bangsa berjaya dan berjaya
Guru
Kau ibarat lilin
Menerangi jalan yang gelap
Menyuluh ke jalan yang terang
Namun kekadang tersasar
Oleh badai yang datang
Guru
Kami anak didik
Bersyukur kepada Ilahi
Kerana menjadi insan yang terpilih
Hasil usaha murnimu
Guru
Kami berdoa agar kau guru
Bahagia dan tenang selalu
Di dunia dan akhirat
Salam kasih dan sayang
Dari kami
Buatmu guru
Nukilan: Nur Shahida Baharudin
Ahad, 21 Disember 2008
Sabtu, 29 November 2008
Jumaat, 28 November 2008
YANG AKAN MENINGGALKAN KITA


PANTUN KHAS UNTUK KALIAN
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
SEKIAN,
SELAMAT MAJU JAYA
GARAJ KERETA BAHARU

Sekian harap maklum.
Khamis, 27 November 2008
SALAM PERKENALAN & PEMULA BICARA
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini telah diwujudkan pada jam 3.38 pagi bersamaan 27 November 2007. Alhamdulillah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan menghantar komen anda. Insyaallah, saya akan mengemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan kalian.
Yang ikhlas....moderator SKKGK WEB.
Adios!!
Dengan segala hormatnya dipersilakan menghantar komen anda. Insyaallah, saya akan mengemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan kalian.
Yang ikhlas....moderator SKKGK WEB.
Adios!!
Langgan:
Catatan (Atom)