Ahad, 28 Disember 2008

Isnin, 22 Disember 2008

SAJAK GURU

GURU





Kau insan yang mulia
Mendidik generasi demi generasi
Tanpa mengenal erti jemu
Siang malam berdoa agar
Anak bangsa berjaya dan berjaya

Guru
Kau ibarat lilin
Menerangi jalan yang gelap
Menyuluh ke jalan yang terang
Namun kekadang tersasar
Oleh badai yang datang

Guru
Kami anak didik
Bersyukur kepada Ilahi
Kerana menjadi insan yang terpilih
Hasil usaha murnimu

Guru
Kami berdoa agar kau guru
Bahagia dan tenang selalu
Di dunia dan akhirat
Salam kasih dan sayang
Dari kami
Buatmu guru
Nukilan: Nur Shahida Baharudin

Ahad, 21 Disember 2008

SELAMAT MAJU JAYA !! TAHUN 6 2008

TAHUN 6 IBNU SINA


TAHUN 6 IBNU KHALDUN

Jumaat, 28 November 2008

YANG AKAN MENINGGALKAN KITA

PN. DIWIP AK RANYUI (PULANG KE SARAWAK)

PN. FAIZAH BT ISHAK (PULANG KE PULAU PINANG)


PN.MARIATI BT ABDUL GHANI (PULANG KE KEDAH)


PANTUN KHAS UNTUK KALIAN

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

SEKIAN,
SELAMAT MAJU JAYA

GARAJ KERETA BAHARU

Berita gembira..(terutamanya kpd Cikgu Sheila). Inilah garaj kereta yang baharu sahaja siap dibina sebagai tambahan kepada garaj-garaj yang sedia ada. Maklumlah.. cikgu-cikgu dah ramai yang berkereta. Lokasinya di belakang makmal komputer.

Sekian harap maklum.

Khamis, 27 November 2008

SALAM PERKENALAN & PEMULA BICARA

Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini telah diwujudkan pada jam 3.38 pagi bersamaan 27 November 2007. Alhamdulillah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan menghantar komen anda. Insyaallah, saya akan mengemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan kalian.

Yang ikhlas....moderator SKKGK WEB.

Adios!!